Friday 21 December 2012

WELCOME BACK!!

 Assalamualaikum semua,
Finally i'm back to update my blog..hehehe,,lama sangat seh x update..dah mcm hampir terlupa pun ada gak.. :)
 So,since we are about to move to new year,aku nak wish early pd semua..Selamat menyambut tahun baru 2013..Tahun baru means bertambah lagi la umur..ahhhaaaiiii..Takde ape yg menarik nak update hari ni..Bz dgn keje..Maklum la,school holiday+christmas+new year..hohoho..Will update more stories soon..chioowww

Wednesday 15 June 2011

ALHAMDULILLAH

Bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang menabahkan hati kamu. Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang menipu kamu kerana dialah orang yang meningkatkan pengetahuan kamu. Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang tidak mengendahkan kamu kerana dialah orang yang memupuk sifat berdikari kamu. Bersyukurlah kepada Allah kerana menciptakan orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah orang yang memperhebatkan kebolehan kamu. Dan bersyukurlah kepada Allah kerana menjadikan orang yang menyeksa kamu kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu.

Friday 10 June 2011

Fabulous Friday

 Baru balik rumah..Hari ni takde apa yang menarik untuk di kongsi..1st day on duty after 4 days on leave..Tapi aku rasa macam nak share sesuatu la..Haish!! Mengapakah mesti ada word "tapi"?Dan yang pasti,apa yang nak di share ni rasa macam berdosa je..Owh,no!! :)
 Dah ramai yang tegur mengapakah aku kelihatan semakin susut..Dan jawapan standard yang aku bagi adalah kerana faktor usia yang menyebabkan manusia semakin mengecut..Hehehe..Tak masuk akal langsung jawapan aku kan?Dan dah beberapa orang jugak yang tegur,adakah aku mempunyai masalah?Semua orang cakap boleh nampak dari muka aku yang aku ni ada masalah..Entah macamana diaorang boleh nampak pun aku tak tau,yang pasti mereka2 tu memang hebat..Dan nampaknya aku jugak la yang tak berapa nak hebat sebab tak boleh nak sorok expression muka yang bermasalah..Masalah apakah?Jeng..Jeng..Jeng..
 Masalah CINTA???hahahah..so klise..Tak patut ada masalah yang semacam itu lagi..Tapi,dah fall in love again ni..Ops,'tapi' lagi..Cukup la dulu untuk masa sekarang..Got to go..As-salam

Sunday 5 June 2011

RELAX..CHILL


Hey,tak payah la nak obsessed sangat..Agak kurang sopan intro blog pagi2 ni..Haish!!As-salam..Bukan apa,tak berapa suka la dengan orang yang terlalu obsessed pada sesuatu atau seseorang ni..Relax2 la sikit,tak payah la nak over2 sangat..Kalau obsessed pada benda2 yang mendatangkan faedah lain jugak la kan..
Ok la,stop cerita pasal orang2 yang terlalu obsessed tu..Finally,hari ni dapat off duty awal..2330hrs,kira ok la tu..Safely reached home after having a sip of very nice teh tarik at mamak stall..Terbaik la teh tarik mamak!! 2 thumbs up!! hahaha..
SAYA SAYANG MY TEAM MEMBERS..They really cheer me up and makes me forget my sadness and sickness..Ramai yang dah tanya kenapakah badan aku semakin susut..Rasanya macam biasa je tapi bila dah ramai yang tegur,agaknya mungkin jugak la..Hurm..kenapakah begitu?Adakah kerana aku menahan sesuatu yang pastinya bukan menahan lapar ok! :)
Sekarang nak kumpul duit sebab nak beli something untuk reward diri sendiri..Hahaha..Sounds weird,tapi itulah kenyataannya..Nak harapkan orang reward kita,huh,entah bila la..So,nak motivate diri sendiri kena la buat macam tu..
Aku mula mengajar diri sendiri untuk jadi lebih sabar,lebih sabar dan lebih2 sabar..Amboi,banyak betul lebihnya..Tak payah la nak peduli sangat apa yang orang cuba buat untuk sakitkan hati kita..Buat2 tak dengar je even hati kita memang dah sakit tapi anggap je macam takde apa2..Tak payah susah2 nak fikir dan nak balas balik,sebab tu membuatkan kita akan lebih sakit hati dan kita pun lebih kurang sama je dengan orang tu.
Esok 2 days off,eh!hari ni la sepatutnya..kan dah masuk hari baru ni..Lepas tu sambung in lieu leave lagi 2 hari =4 hari wooo!!!Kalau dah boring sangat tak tau mana nak pergi,masuk TEMASEK la pegi survey new stuff..Ish,nak kena contact gang ni kat sana untuk lepak2,lama sey tak dapat borak2 tukar2 cerita..Ape la yang aku mengarut ni..Ok la,nak tido dah ni..Nak mimpi siapakah malam ni?eh!boleh ke request2 macam tu..Errmm...Ok,dah decide dah nak mimpi siapa,so dah boleh tido sekarang..SWEET DREAMS EVERYONE...As-salam..


Saturday 4 June 2011


Nak mula dari mana?Nak salahkan siapa?Salah aku ke atau salah dia?Atau salah orang sekeliling?Aku admit memang aku pun ada salah gak.Tapi benda-benda ni jadi pun sebab apa?Haish!!Kenapa mesti nak kena ada word "TAPI"..Tapi tu bukan puncanya..Ha!!"TAPI" lagi!!..Entah lah..Yang pasti,i'm so damn frustrated + sad + whatsoever feelings yang ada dalam dunia ni..This is what we called "LIFE" is all about..

Kalau orang luar yang tak tau ape-ape,mesti akan salahkan aku dan aku di "cop" sebagai "derhaka"..Kalau betul aku "derhaka",doaku pada Allah agar ampunkan aku..Sebelum aku menutup mata..Amin..

Thursday 2 June 2011

bla..bla..bla...bla...

 Welcome to JUNE..Dah few days tak update blog..Hari yang agak busy hari ni...Haish!! Stress...Stress..Stress..What else should i write?Will be back later..Yippy..yippy..happy..happy...As-salam

Tuesday 17 May 2011

18 MAY 2011

Alhamdulillah kerana aku masih lg bernafas dan diberi peluang utk menikmati hidup..Syukur ke hadrat ilahi..
Entah kenapa lately ni aku jd a bit paranoid utk menempuh kehidupan seharian..Setiap malam aku pikirkan apa yang bakal aku lalui esok dan begitulah seterusnya..Setiap kali sebelum memejamkan mata,aku berdoa agar dpt bangun semula keesokan hari..Aku takut kalau2 itulah kali terakhir aku..............(takut nak sambung) :)
Bukak je harian metro hari ni,terbaca artikel bertajuk "andainya aku pergi dulu"..Hurm,mcm lagu kumpulan alleycat la pulak kan..Terus aku cuba mengingati lirik lagu tu dan jd sedih tiba2...
 Andainya aku pergi dulu sebelum mu
 Janganlah kau bersedih hati
 Andainya aku tiada lagi di sisimu
 Janganlah kau memencil diri

 Bayangkanlah saat2 bahagia
 Semasa engkau dan aku
............................(dah x ingat lirik selanjutnya)

Ok lah..rasanya cukup setakat ni tuk hari ni..Terima kasih Ya Allah atas peluang yg Engkau berikan..Amin..